Skip to main content

Masa Berlalu Pantas


Usia makin meningkat, dan kematian juga makin dekat, Namun, kematian tidak mengenal usia. Aku ada seorang sahabat yang aku kategorikan sahabat dunia akhirat aku. Kami bersahabat sejak zaman sekolah rendah, segala rahsia pahit manis dikongsi, dan ketika zaman remaja terlalu banyak perkara pahit manis yg kami harungi bersama. Tidak terlintas di fikiran, kematian awal akan memisahkan kami. 

Ya sahabat baik aku itu, telah pun pergi dahulu menghadap sang penciptaNya. Ketika aku diberitahu tentang kepergian dirinya, aku baru sahaja berpindah ke Ipoh, baru sahaja selesai mengemas rumah, Jam 7.00 pagi aku di hubungi keluarganya, yang dia sudah pun tiada di dunia. Aku ketika itu terasa bagaikan mimpi kerana baru sahaja dia hubungi aku 3 hari sebelum Allah menjemput dirinya. Bohong aku tidak menangis, aku menangis semahunya di samping suami. Lidah terkelu berkata, aku tidak sempat tatap wajah sahabat baik aku buat kali terakhir kerana dia dikebumikan di tempat suaminya. 

Aku tatap setiap Whatsapp yang diberikan sebelum dia pergi meninggalkan aku.. Pertemuan terakhir antara aku dan dia, semasa dia baru sahaja berkahwin dan berbulan madu di Port Dickson. Itulah kali terakhir kami berbual, ketawa, mengusik dan saling berpeluk, Dia memeluk aku dengan sangat erat sebelum pulang berbulan madu. Siapa sangka itu lah pelukan terakhir dari sahabat baik ku. 

3 bulan berlalu dia meninggalkan aku, Namun aku masih terasa seperti dia masih ada. Raya tahun ni, amat terasa bagi aku, kerana setiap tahun aku akan beraya ke rumahnya, dan dia akan masakkan apa sahaja yang aku inginkan. 

Buat sahabatku Noor Halifah Izuar Bt Zainal Fidrus, moga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kau sahabat ku dunia & akhirat. 


Gambar terakhir kami semasa perjumpaan terakhir di Port Dickson.


sincerly,
Yana Ayob 🙆
6Jun2016

Comments