Usia makin meningkat, dan kematian juga makin dekat, Namun, kematian tidak mengenal usia. Aku ada seorang sahabat yang aku kategorikan sahabat dunia akhirat aku. Kami bersahabat sejak zaman sekolah rendah, segala rahsia pahit manis dikongsi, dan ketika zaman remaja terlalu banyak perkara pahit manis yg kami harungi bersama. Tidak terlintas di fikiran, kematian awal akan memisahkan kami. Ya sahabat baik aku itu, telah pun pergi dahulu menghadap sang penciptaNya. Ketika aku diberitahu tentang kepergian dirinya, aku baru sahaja berpindah ke Ipoh, baru sahaja selesai mengemas rumah, Jam 7.00 pagi aku di hubungi keluarganya, yang dia sudah pun tiada di dunia. Aku ketika itu terasa bagaikan mimpi kerana baru sahaja dia hubungi aku 3 hari sebelum Allah menjemput dirinya. Bohong aku tidak menangis, aku menangis semahunya di samping suami. Lidah terkelu berkata, aku tidak sempat tatap wajah sahabat baik aku buat kali terakhir kerana dia dikebumikan di tempat suaminya. Aku tatap se